KGPROTIPS #4: Apa yang perlu tahu semasa nak beli Gopro?

Tips membeli gopro! (for beginners)

Anda berminat dengan Gopro, tapi zero knowledge pasal Gopro?

Tidak apa, yang penting passion!
— KamilZainal

Sama seperti mencari gadget atau phone, anda at least perlu tahu atau study -banyak atau sedikit- sebelum membeli. Gopro bukan seposen dua!

Gopro sangat mudah dicari, samada kedai fizikal atau online. Ada pelbagai pakej dan accessories yang di offer. Ini mungkin buat anda confuse....

 OK ke ni? Mana yang bagus? Mana yang patut beli? Lagi murah lagi bagus?

OK ke ni? Mana yang bagus? Mana yang patut beli? Lagi murah lagi bagus?

SENARAI BENDA BASIC ANDA KENA TAHU

1. Model Gopro
Anda kena pastikan apakah model Gopro yang anda nak dan masih available dalam market. 

Please note, Hero 4 tidak keluar baru dah sejak Hero 5. Tapi masih ada seller yang menjual Hero 4 New Set, stok lama. 

>>>>Adakah Hero 4 sudah lapuk? Jom baca comparison sini http://www.smuggld.com/tips-tutorial/2016/8/4/hero-4-silver-atau-black<<<<

Sekarang dalam market ialah HERO 5, HERO 5 Session, dan HERO 4 Session. Ketahui apa perbezaan model ini yang bersesuai dengan penggunaan anda.

 

2. Memory Card

Yeah! Benda paling penting yang anda kena tahu!
Memory card adalah benda paling penting untuk Gopro. Gopro tiada built in memory, jadi dia bergantung sepenuhnya pada kecekapan memory card anda.

Untuk pastikan memory card itu ok atau tak, anda boleh refer sini https://gopro.com/help/articles/Block/microSD-Card-Considerations

 source from Gopro.com

source from Gopro.com

List SD Card yang baik yang ramai jual dan juga recommended by Gopro:

  1. Sandisk Extreme (16GB,32GB,64GB)
  2. Sandisk Extreme Plus (16GB,32GB,64GB)
  3. Lexar 633x (32GB,64GB)
  4. Lexar 1000x (128GB)
  5. Samsung Pro (32GB,64GB)
  6. Samsung Pro Plus (128GB)

Selain ini, adalah tidak digalakkan, Gopro anda ada possible risk.
Why take risk? Gopro bukan seposen dua!

3. Warranty

Warranty Gopro ada dua jenis:

  • Local
  • International

Local bermaksud anda beli Gopro dari Official Gopro Distributor Malaysia. Jadi warranty boleh diuruskan atau dihantar kepada Distributor Malaysia ni. 

International bermaksud Gopro yang anda beli adalah import set, dan warranty adalah direct pada Gopro International. Kenapa masih ramai seller jual set import? Kerana Gopro Customer Service sangat tip top, jika anda ada problem, boleh chatting terus dan mereka akan explain step by step. Jika anda kena return, anda boleh hantar direct ke Gopro International. Paling dekat hanya di Singapore.

Jadi, always make sure mana set yang anda prefer, ada yang mengambil berat nak set malaysia, ada yang tak kisah. Bergantung pada anda.

4. Basic Accessories

Dalam kotak Gopro sudah ada accessories basic, seperti gambar di bawah

Accessories yang penting for beginners adalah monopod. Yang lain boleh dibeli bila anda rasa perlu. Lagi lama pakai Gopro, anda akan jumpa accessories untuk menambakcantik gambar-gambar anda.
Rajin-rajin review dan baca tengok, apa accessories yang compatible apa yang tidak, apa yang boleh beli ciplak, apa yang boleh beli ori. Refer pada source yang sahih :)

Tips-tips ini bukan sahaja untuk beginner Gopro, malah untuk seller juga.

Terimakasih!

TIPS BY KGPROGEAR