Tanya Kamil #1: Gambar Gopro Cantik, tanpa edit?

Soalan dari pengguna Gopro dengan id MamaLiza seperti berikut:

Wasalam,

First time ambil gambar dengan Gopro, anda pasti sedikit pelik
"memang macam ni ke gambar gopro?"
"Gopro aku rosak ke?"

saya sendiri pun mengalami perasaan yang sama ketika beli Gopro. haha.
Colour Gopro memang agak "dull",walaupun gambarnya memang sharp.

 Gambar RAW dari Gopro

Gambar RAW dari Gopro

Gambar RAW memang dull untuk memberi ruang kepada "post editing". Kerana gambar yang "cantik" adalah subjektif, jadi ia terpulang kepada tuan gambar untuk edit mcm2 mana. 

Contoh, jika RAW file sudah tarik colour striking, nanti nk edit dah susah.

MACAM MANA NAK CANTIK,TANPA EDIT?
Masih possible, untuk pastikan gambar raw cantik, pastikan anda ambil gambar ketika ada sumber cahaya yang banyak. terutamanya MATAHARI. 

Sebab tu, sejak pakai Gopro, saya sanggup berjemur di tengah panas semata-mata untuk gambar cantik. lol

 Memang matahari mencarak time ni

Memang matahari mencarak time ni

Kalau pergi pulau, ambil gambar memang tak perlu edit!

Harap menjawab soalan, untuk Photo mode, tiada setting2 special, hanya standard 12mp wide sahaja.

Melainkan nak main night mode.

Terimakasih,
Kamil Zainal